SERIE A
Serie A: Immobile raih Anugerah Kasut Emas, samai rekod Higuain
Ciro Immobile menyamai rekod Gonzalo Higuain sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dalam satu musim Serie dengan rekod 36 gol yang dihasilkannya itu turut menyaksikan dia dinobat sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas Eropah bagi musim 2019-20.
Aset paling bernilai Lazio itu menemui sasaran ketika tewas 1-3 kepada Napoli awal pagi tadi, di mana skuad kendalian Simone Inzaghi itu menamatkan liga domestik di tempat keempat dan perjuangan mereka untuk merebut kejuaraan musim ini musnah sebaik penyambungan Serie A, Jun lalu selepas direhatkan berikutan pandemik koronavirus.
Immobile menyamai rekod yang dicapai Higuain ketika penyerang Argentina itu mewakili Napoli dalam musim 2015-16
Iklan
Pemain berusia 30 tahun itu menikmati kempen paling prolifik di depan gol dan sah bergelar penjaring terbanyak Serie A selepas Juventus memilih untuk merehatkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan terakhir mereka menentang AS Roma.
Secara tidak langsung, Immobile turut meraih Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dalam bola sepak Eropah.36 - Ciro #Immobile has scored 36 goals in #SerieA this season, equalling the record of goals scored in a single Serie A campaign set by Gonzalo #Higuain in 2015-16. Legendary.#NapoliLazio pic.twitter.com/0aZW4D0jtJ— OptaPaolo (@OptaPaolo) August 1, 2020
Dia mengatasi nama-nama besar lain seperti Robert Lewandowski (34), Ronaldo (31), Lionel Messi (25) dan Jamie Vardy (23).
Must-Watch Video