BOLA SEPAK
Serie A: Frosinone, Torino catat kemenangan tipis
Kelab tangga pertengahan Serie A, Frosinone mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pelawat Empoli, yang menduduki 2 anak tangga dari bawah liga di Stadio Benito Stirpe.
Awal perlawanan Empoli lebih banyak menyerang dengan beberapa percubaan dilakukan Matteo Cancellieri.
Selepas itu tuan rumah mula menemui rentak dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-21tetapi dinafikan rujukan VAR kerana ofsaid.
Iklan
Babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan...
Hanya babak kedua gol terhasil menerusi Marvin Cuni pada minit ke-58.
Gol kedua Frosinone pula hadir pada minit ke-74 menerusi pemain berusia 17 tahun Ariyon Ibrahimovi.
Empoli cuba bangkit dan empat minit sebelum perlawanan tamat berjaya jaringkan gol menerusi tandukan Francesco Caputo untuk keputusan akhir Frosinone 2, Empoli 1.
Sementara satu lagi perlawan Serie A menyaksikan Torino menang 2-1 ke atas Sassoulo.
Torino hanya memerlukan 5 minit untuk jaring gol pertama menerusi Antonio Sanabria!!
Sassoulo samakan kedudukan 13 minit kemudian menerusi penyudah Kristian Thorstvedt!!
Gol kemenangan Torino hadir di separuh masa kedua menerusi Nikola Vlasic pada minit ke-68.
Must-Watch Video