Serie A: Emerson Royal sertai AC Milan daripada Tottenham

Muzaffar Musa
Ogos 13, 2024 09:32 MYT
AC Milan menandatangani Emerson Royal daripada Tottenham dengan kontrak sehingga Jun 2028 dan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi, demikian diumumkan kelab Serie A berkenaan awal pagi tadi.
Jumlah kesepakatan itu tidak didedahkan tetapi media-media British melaporkan ia bernilai sekitar €15 juta (RM73 juta) dan bayaran tambahan sebanyak €3 juta (RM14.6 juta).
Pemain kebangsaan Brazil dengan 10 penampilan antarabangsa itu menyertai Spurs daripada kelab Sepanyol, Barcelona, pada 2021.
Dia juga pernah mewakili Atletico Mineiro selama semusim selepas memulakan karier peringkat remajanya di Ponte Preta.
Emerson Royal, yang sebelum ini melakukan 101 penampilan bersama Spurs dalam semua pertandingan, akan memakai jersi nombor 22 di Milan.

Samba do Milan ???#DNACMilan #SempreMilan pic.twitter.com/cPOLYrRi3N

— AC Milan (@acmilan) August 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Tottenham Hotspur #Serie A #AC Milan #Emerson Royal