Napoli sedang memacu Serie A dengan baki tiga perlawanan lagi dan bagi peminat dan pengurus mereka, ia adalah satu-satunya aspek yang akan diberikan tumpuan penuh untuk beberapa minggu akan datang.
Barisan kendalian Antonio Conte itu mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Inter dalam carta Serie A walaupun dalam musim pertamanya di Napoli, lantas menimbulkan spekulasi media adakah dia akan kekal di kelab itu musim depan.
Dalam sidang akhbar sebelum perlawanan di tempat sendiri menentang Genoa awal pagi esok, Conte menjawab persoalan mengenai masa depannya.
“Percayalah, pada masa ini penyokong tidak ingin bertanyakan soalan ini kepada saya,” kata pengurus itu sambil tersenyum.
"Peminat selain berterima kasih kepada saya, mereka bertanya sama ada kami akan menang. Dan saya menjawab bahawa kami pasti akan mencuba, seperti yang kami lakukan. Ini atu-satunya soalan mereka.
"Selebihnya? Ia membosankan seperti (topik) Franco Califano, segalanya membosankan."