Stadium Allianz menjadi saksi kerapuhan benteng pertahanan Juventus untuk menyekat jentera serangan Atalanta dari terus menjaringkan gol apabila mereka terpaksa akur tewas 0-4, awal pagi tadi,
Jaringan pertama disumbatkan oleh Mateo Retegui menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 apabila bola terkena tangan Weston McKennie semasa perebutan bola di udara.
Pesta gol bermula pada babak kedua perlawanan dimana hanya seminit selepas wisel perlawanan bermula, Atalanta menggandakan kedudukan hasil rembatan deras kaki kiri Marten de Roon, malah hol ketiga pula hadir daripada gerakkan menarik yang dilakukan Kolasinac berjaya disudahkan oleh Davide Zappacosta pada minit ke-66.
Ademola Lookman menutup malam gemilang buat Atalanta dengan rembatan kaki kanannya yang tidak mampu ditepis keluar sekali gus melengkapkan derita pasukan tuan rumah dengan keputusan tewas 0-4.

FT | ⌛️ | Full-time.#JuveAtalanta@EASPORTSFC pic.twitter.com/PErFImj4wb
— JuventusFC ???? (@juventusfcen) March 9, 2025