Pasukan Atalanta, akhirnya mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, selepas mencatat kemenangan ke atas AS Roma.
Melayan kunjungan Roma, La Dea tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan menerusi Ademola Lookman yang melakukan sepakan deras untuk menerjah jaring gawang gol AS Roma.
Namun, kelebihan Atalanta akhirnya dipadamkan oleh Bryan Cristante untuk kedudukan terikat 1-1 sebelum menuju bilik persalinan.
Masuk babak kedua perlawanan, skuad kendalian Gian Piero, terus melakukan asakan ke kubu Roma dan usaha itu membuahkan hasil apabila rembatan Ibrahim Sulemana menggegar jaring Roma buat kali kedua sehingga wisel tamat.