Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Aksi serba boleh Scott McTominay bintangi Napoli ke puncak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tominay.jpg
Antonio Conte percaya pemain tengah, Scott McTominay, mampu mengembangkan lagi permainannya di Napoli.

Pemain antarabangsa Scotland itu berpindah ke Stadio Diego Armando Maradona pada musim panas lalu dengan harga €30.5 juta (RM140.2j), malah yuran jualan menerima potongan 10 peratus.

Selepas empat perlawanan Serie A termasuk Coppa Italia, dia sudah menyumbang satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika membantu menghantar pasukannya ke carta liga.

Kehadirannya mendorong Conte menukar formasi 3-5-2 seperti lazimnya kepada 4-3-3, dengan McTominay dilihat lebih banyak meningkatkan peranannya sebagai penyerang.

“Tiada apa-apa yang berlaku secara kebetulan, kami mengusahakan situasi ini dalam latihan supaya kami boleh menggunakan kedudukan itu untuk menimbulkan masalah kepada lawan,” katanya dalam sidang akhbarnya selepas menang 2-0 ke atas Monza awal pagi tadi. 




“Scott adalah pemain serba lengkap, serba boleh, yang boleh menjadi trequartista di belakang penyerang. 

"Dia boleh berperanan sebagai mezz'ala di bahagian tengah yang diisi tiga pemain, bermain dengan dua pemain di bahagian tengah ataupun melebarkan kedudukannya 5-4-1 dengan memberinya lesen untuk menyerang."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video