Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: AC Milan takluk Fiorentina 2-1, kembali ke puncak liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ac.jpg
AC Milan catat kemenangan penting 2-1 ke atas Fiorentina dalam Serie A, sekali gus melonjak ke tangga teratas liga buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

Perlawanan bermula perlahan dengan kedua-dua pasukan bermain berhati-hati, sekali gus menyaksikan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang ancaman besar ke gawang.

Tempo permainan lebih tinggi di separuh masa kedua, pasukan pelawat akhirnya memecah kebuntuan jaringan menerusi Robin Gosens pada minit ke-55.

Jurulatih Milan, Max Allegri, pantas bertindak dengan memasukkan Gimenez untuk menambah sengat serangan, dan perubahan itu nyata membuahkan hasil. Enam minit kemudian, Rafael Leao muncul mengikat kedudukan 1-1.

Didorong sorakan lebih 70,000 penyokong di San Siro, Milan terus mengasak hingga minit ke-81, diberi kelebihan sepakan penalti akibat kekasaran lawan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dan Leao tenang menyempurnakan sepakan itu untuk gol keduanya.

Wisel penamat menyaksikan Milan mengekalkan kemenangan dan mengungguli tangga teratas Serie A -- satu detik manis buat pasukan yang kembali menyerlah selepas tiga tahun menunggu.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video