Skip to main content

Bola Sepak

Sergio Ramos ucap selamat tinggal kepada Sevilla

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramos.jpg
Pertahanan berpengalaman, Sergio Ramos, mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Sevilla selepas satu musim bersama kelab Sepanyol itu.

Pemain berusia 38 tahun itu merupakan produk akademi remaja Sevilla sebelum menyertai pasukan gergasi Eropah, Real Madrid, pada 2005 dengan nilai perpindahan sebanyak £27 juta ketika usia 19 tahun. 

Sebagai rekod, bekas pemain kebangsaan La Roja itu telah melakukan sebanyak 28 penampilan dan menjaringkan tiga gol bersama Sevilla sekali gus menamatkan saingan Laliga di tempat ke-14.
 
Dikatakan, kelab daripada Amerika, MLS San Diego berminat untuk menandatangani pemain tersebut menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka bulan depan. 

Advertisement

Must Watch Video