Kylian Mbappe, Neymar dan Raphael Varane antara yang memberi penghormatan kepada Sergio Ramos yang menggantungkan butnya di peringkat antarabangsa.
Pertahanan veteran itu -- yang juga pemenang Piala Dunia dan pemain paling kerap mewakili Sepanyol -- pada malam tadi mengumumkan untuk bersara daripada skuad La Roja.
Keputusan itu dibuat selepas ketua jurulatih baru, Luis de la Fuente, memaklumkan kepadanya bahawa dia tiada dalam perancangannya selepas tercicir dalam Euro 2020 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Penyerang PSG, Mbappe, dan pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos, kedua-duanya menggelarnya: "Yang terbaik."
Bek kental Manchester United, Varane, pula yang bergandingan di samping Ramos di Santiago Bernabeu melabelnya sebagai legenda, manakala penyerang Los Blancos, Vinicius Junior, memuat naik emoji mahkota.
Rakan sepasukannya di PSG, Neymar, menawarkan trio emoji tepukan sementara Achraf Hakimi, yang membantu Maghribi menamatkan perjuangan Sepanyol dalam temasya Qatar 2022 berkata: "Tabik kepada anda."
Ramos yang memenangi Euro 2008 dan 2012 selain Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010 telah menyarung jersi Sepanyol sebanyak 180 kali.
Dia membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2005 dalam kemenangan persahabatan ke atas China selain merakamkan 23 gol untuk meletakkannya di tangga kesembilan senarai penjaring terbanyak negara itu.
Selepas kali terakhir beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Kosovo pada 2021, Ramos kemudiannya diketepikan oleh bekas ketua jurulatih, Luis Enrique, dalam Euro 2020 dan Qatar 2022.