Skip to main content

Bola Sepak

Sergio Ramos pacu Monterrey tewaskan Urawa Reds 4–0, sah ke pusingan 16 terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramos.jpg
Pasukan dari Mexico, Monterrey, membuktikan keunggulan mereka apabila mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas wakil Jepun, Urawa Red Diamonds, dalam aksi kumpulan Piala Dunia Kelab 2025.

Kemenangan ini bukan sahaja menjamin tempat buat Monterrey di pusingan 16 terbaik, malah menunjukkan bahawa mereka adalah antara pasukan yang harus diberi perhatian dalam kejohanan edisi kali ini. Anak buah kendalian Domenec Torrent tampil meyakinkan dari awal hingga tamat perlawanan.

Monterrey membuka tirai jaringan melalui Nelson Deossa pada minit ke-18. Pemain tengah itu meledak satu rembatan jarak jauh daripada luar kotak penalti yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol Urawa.

German Berterame kemudian menambah gol kedua pada penghujung babak pertama selepas satu gerakan yang bermula dari bahagian tengah membawa kepada penyudah oleh penyerang Mexico itu.

Memasuki babak kedua, giliran Jesús "Tecatito" Corona pula menjaringkan gol ketiga menerusi satu lagi rembatan luar kotak yang cantik, sekali gus menewaskan penjaga gawang.

Pada masa kecederaan, Berterame sekali lagi mencuri perhatian apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan menutup malam penuh bergaya buat Monterrey dengan keputusan muktamad 4-0.

Advertisement

Must Watch Video