Skip to main content

Bola Sepak

Sergio Ramos gagal capai sepakat dengan Besiktas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergio-ramos.jpg
Besiktas terlepas peluang untuk mengikat Sergio Ramos yang dipercayai terhalang akibat faktor kewangan. 

Besiktas yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada awalnya berjaya menggamit minat Ramos yang turut menjadi idaman LA Galaxy dan bekas kelabnya, Real Madrid, termasuk satu lagi wakil Turki, Galatasaray.

Pertahanan tengah itu tidak terikat dengan mana-mana kelab sebaik kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) berakhir musim panas lalu. 

Ejen Ramos terpaksa menolak tawaran terbaru kelab -- yang menamatkan saingan di Turki di tangga ketiga musim lalu itu dan menduduki tangga kelapan selepas dua perlawanan untuk kempen 2023/24 -- berikutan gagal mencapai kesepakatan daripada segi kewangan. 

Dalam masa sama, Los Blancos juga mungkin kembali membuka pintu buat pertahanan kental berusia 37 tahun itu bagi menampung kecederaan Eder Militao yang memerlukannya berehat panjang.
   

Advertisement

Must Watch Video