EPL
Sergio Aguero sangkal fitnah terhadap Garnacho
Tular di media sosial mendedahkan kelakuan buruk bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, ketika bertandang ke Malaysia dalam jelajah pascamusim, baru-baru ini.
Rata-rata peminat berasa kecewa dengan tindakan pemain kebangsaan Argentina itu yang tidak menunjukkan sikap positif, meskipun orang ramai meraikan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.
Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara, ASEAN All-Stars, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Rabu lalu.
Iklan
Menurut satu laman popular, ia mendakwa Garnacho tidak menepati janjinya kepada pemain Sri Pahang, Sergio Aguero, dan terus meninggalkan perkarangan stadium dengan tindak balas yang tidak baik.
Namun, tonggak Harimau Malaya itu pantas menafikan khabar angin tersebut, sebaliknya mendedahkan perbualan bersama Garnacho dan sempat menerima jersi khas daripada pemain muda tersebut.
"Itu tidak betul. Saya berbual dengannya sebelum dan selepas aksi.
"Dan dia memberikan jersinya secara peribadi kepada saya," katanya.
Penampilan pemain naturalisasi negara itu mendapat pujian pengurus United, Ruben Amorim, yang akui terpegun dengan kualiti dimiliki Aguero.
"Selain itu dia juga bercakap mengenai cuaca di Malaysia yaang baginya amat panas.
"Dia juga bercakap mengenai betapa orang di sini menyayangi mereka kerana mereka tidak sedar perkara itu di satu pelusuk dunia yang jauh dari ini," tambahnya.
Must-Watch Video