Skip to main content

Bola Sepak

Sergio Aguero dedah perbualan dengan Alejandro Garnacho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergio-aguero.jpg
Pemain tengah negara, Sergio Aguero, mendedahkan perbualannya dengan bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, sewaktu mengetuai ASEAN All-Stars menewaskan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu lalu.

Penampilan pemain naturalisasi negara itu mendapat pujian pengurus United, Ruben Amorim, yang akui terpegun dengan kualiti dimiliki Aguero.

Jaringan tunggal Maung Maung Lwin dalam separuh masa kedua memastikan kemenangan All-Stars tetapi lensa kamera sempat merakamkan momen di mana Aguero sedang mesra berbual dengan Garnacho di atas padang.

Menariknya, kedua-dua pemain itu dilahirkan di Argentina dan ditanya wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengenai apa yang diperbualkan mereka, Aguero berkata: "Dia bercakap mengenai kita, orang Malaysia.

"Selain itu dia juga bercakap mengenai cuaca di Malaysia yaang baginya amat panas.

"Dia juga bercakap mengenai betapa orang di sini menyayangi mereka kerana mereka tidak sedar perkara itu di satu pelusuk dunia yang jauh dari ini.

"Dia tidak tahu mereka memiliki penyokong seperti ini di Malaysia," katanya.
   

Advertisement

Must Watch Video