SEPULUH: Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Ammar Hakim
November 24, 2023 07:39 MYT
November 24, 2023 07:39 MYT
'Jika dia lahir di Eropah, sudah tentu dia akan meletup' itu kata-kata mendiang B. Sathianathan, mengenai bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menerusi dokumentari 'SEPULUH' yang baru sahaja ditayangkan terbitan Astro Arena.
Sathianathan yang bertindak sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada 2007, membawa pasukan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada ketika itu, berkongsi kisah mengenai bekas penyerang negara yang pada satu ketika cukup berbisa dan digeruni pertahanan lawan.
"Apa yang saya dapat lihat setiap kali Safee bermain, ia membuatkan saya teringat kepada arwah Mokhtar Dahari. Dia menghadirkan permainan bertenaga dan kelajuan, itulah apa yang Safee ada. Versi kedua Mokhtar Dahari.
"Saya rasa jika Safee dilahirkan di Eropah, dia pasti meletup (dalam erti kata lain bakal menyerlah) di pentas antarabangsa.
"Saya memiliki pengalaman beraksi bersaing dengan Mokhtar, tiada pemain lain sepertinya selepas kehadiran Safee. Itu apa yang boleh saya katakan."
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena saluran 801.