Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala Mandiri ASEAN B-23: Malaysia ketinggalan dua gol di belakang Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ubai-malaysia-half-time.jpg
Skuad B-23 negara ketinggalan 0-2 di belakang Filipina selepas separuh masa aksi pertama Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, ketika ini.

Pasukan Bimbingan Nafuzi Zain itu menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi buntu di depan gawang.

Keadaan itu menyaksikan Harimau Muda dihukum dengan dua jaringan Otu Abang Banatao, masing-masing pada minit kesembilan dan 40.

Kedua-dua jaringan Filipina itu terhasil dari gerakan serangan balas di sebelah kiri sebelum Banatao menewaskan penjaga gol negara, Zulhilmi Sharani.

 

Advertisement

Must Watch Video