PIALA FA MALAYSIA

Separuh masa Piala FA: Seni hantaran Heberty Fernandes pastikan JDT mendahului KDA 1-0

Saufi Tahir 19/07/2024 | 13:10 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului pasukan tuan rumah Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
Sony Norder hampir membuka jaringan buat tuan rumah melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-15 tetapi Syihan Hazmi berjaya menepis untuk kedudukan kekal 0-0.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, hantaran cantik Heberty Fernandes pada minit ke-24 menghukum benteng pertahanan KDA untuk disudahkan oleh Óscar Arribas sekali gus meletakkan JDT mendahului 1-0, gol itu disahkan oleh pengadil perlawanan selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Bergson da Silva hampir menggandakan jaringan buat skuad Harimau Selatan tetapi pengadil mendakwa dia berada dalam posisi ofsaid dan kedudukan separuh masa pertama kekal dengan JDT mendahului KDA.
#bola sepak #JDT #KDA #Separuh masa Piala FA
;