Separuh masa Piala FA: Selangor padam kelebihan Kuching City

Saufi Tahir
Julai 6, 2024 21:50 MYT
Separuh masa pertama menyaksikan Selangor mendahului Kuching City 2-1 dalam saingan Piala FA di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Selangor agresif memberikan tekanan dalam 10 minit pertama dengan serangan merbahaya tetapi pertahanan Kuching City mudah mematahkan serangan yang dirancang skuad The Red Giants.

Keputusan Separuh Masa Pertama - FA QF-2 Selangor FC 2-1 Kuching City FC#PialaFA2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/m7h0q5RBCI

— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anak buah Aidil Sharin Sahak menghukum Selangor terlebih dahulu pada minit ke-15 dengan jaringan pembukaan oleh Nur Shamie Iszuan sekali gus meletakkan Kuching City di depan dengan agregat 3-1.
Pertahanan Selangor, Ahmad Zikri Khalili, memecahkan kebuntuan Selangor dengan jaringan pertama pada minit ke-28 untuk merapatkan jurang agregat melalui rembatan yang terhasil daripada sepakan sudut untuk kedudukan seri 1-1.
Dalam pada itu, rembatan pada Alvin Fortes menjadi watak penting selepas jaringan keduanya pada minit ke-38 memadam kelebihan jaringan Kuching City untuk meletakkan Selangor di hadapan dengan kedudukan 2-1.
Perlawanan semakin terbuka buat kedua-dua pasukan dengan kedudukan 2-1 (agregat 3-3 ) kekal dalam 45 minit pertama aksi kedua suku akhir Piala FA.
#bola sepak #Piala FA #Selangor #Kuching City