Selangor agresif memberikan tekanan dalam 10 minit pertama dengan serangan merbahaya tetapi pertahanan Kuching City mudah mematahkan serangan yang dirancang skuad The Red Giants.
Keputusan Separuh Masa Pertama - FA QF-2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 6, 2024
Selangor FC 2-1 Kuching City FC#PialaFA2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/m7h0q5RBCI
Anak buah Aidil Sharin Sahak menghukum Selangor terlebih dahulu pada minit ke-15 dengan jaringan pembukaan oleh Nur Shamie Iszuan sekali gus meletakkan Kuching City di depan dengan agregat 3-1.
Pertahanan Selangor, Ahmad Zikri Khalili, memecahkan kebuntuan Selangor dengan jaringan pertama pada minit ke-28 untuk merapatkan jurang agregat melalui rembatan yang terhasil daripada sepakan sudut untuk kedudukan seri 1-1.
Dalam pada itu, rembatan pada Alvin Fortes menjadi watak penting selepas jaringan keduanya pada minit ke-38 memadam kelebihan jaringan Kuching City untuk meletakkan Selangor di hadapan dengan kedudukan 2-1.
Perlawanan semakin terbuka buat kedua-dua pasukan dengan kedudukan 2-1 (agregat 3-3 ) kekal dalam 45 minit pertama aksi kedua suku akhir Piala FA.