PIALA FA MALAYSIA

Separuh masa Piala FA: Sam Somerville tewas dua kali, Selangor ketinggalan

Najmi Iman 19/07/2024 | 13:55 MYT
TERENGGANU 2 SELANGOR 1
Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, menjadi saksi pertembungan menarik pasukan Terengganu sedang mendahului naib juara Liga Super 2023, Selangor, dalam separuh masa pertama perlawanan separuh akhir Piala FA, ketika ini.
The Red Giants pada mulanya memiliki banyak peluang untuk berada di depan namun, percubaan yang dilakukan disia-siakan oleh penyerang Selangor yang buntu mencari jaringan awal.
Gelanggang keramat Sang Penya itu bergemerlapan apabila pemain kebangsaan, Safawi Rasid, akhirnya menjaringkan gol melalui sepakan percuma dengan hanya memerlukan dua langkah untuk membuat lencongan menewaskan penjaga gol, Samuel Somerville.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berselang beberapa minit kemudian, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menambah derita pasukan Lembah Klang itu selepas deretan daripada perancang utama, Nurillo Tukhtasinov, membelah lautan pertahanan yang sekali lagi merobek gawang Selangor untuk meletakkan Terengganu selesa di depan.
Pada minit ke-38, Alvin Fortes menghidupkan harapan buat anak-anak buah Nidzam Jamil susulan tampanan yang dilakukan memberikan gol untuk merapatkan jurang permainan sebelum tamat separuh masa pertama.
#Piala FA #Selangor #Terengganu
;