Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala AMEC: Kedudukan seimbang, Harimau Malaya buntu tembusi tembok kebal Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam1_1.jpeg
Keputusan seri 0-0 menyaksikan Harimau Malaya terikat dengan Thailand di separuh masa pertama dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, di Stadium Rajamangala, ketika ini. 

Skuad kendalian Pau Marti Vicente banyak melakukan serangan, namun tiada penyudah yang mampu menembusi penjaga gol Thailand.

Pasukan Gajah Perang itu juga menemui jalan buntu apabila setiap serangan berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan yang diketuai pemain muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar. 

 
Pujian harus diberikan kepada kedua-dua penjaga gol, Haziq Nadzli dan Patiwat Khammai, kerana kecemerlangan yang dipamerkan berhasil menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Advertisement

Must Watch Video