PIALA AFC
Separuh masa Piala AFC: Sony Norde beri Terengganu kelebihan satu gol
Terengganu membawa kelebihan satu gol menjelang separuh masa aksi terakhir Kumpulan G, Piala AFC menentang Bali United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Tuan rumah sepatutnya memperoleh lebih banyak jaringan berdasarkan penguasaan pemainan dan percubaan yang mereka lakukan, antaranya menerusi Habib Haroon dan Syahmi Zamri, tetapi gagal menewaskan penjaga gol lawan.
Bagaimanapun, jaringan yang dicari-cari skuad Peteh itu tiba pada minit ke-39, di mana pemain sayap itu melepaskan sepakan serong yang menerjah jaring lawan susulan gerakan set-piece yang dimulakan Habib.