PIALA AFC
Separuh masa Piala AFC: Sabah ketinggalan dua gol kepada PSM Makassar
Sabah ketinggalan 0-2 kepada PSM Makassar menjelang separuh masa perlawanan terakhir Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Likas sebentar tadi.
Dengan merehatkan beberapa pemain utama, antaranya penyerang utama, Darren Lok, pasukan Negeri di Bawah Bayu itu, yang sudah mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan, di bocori dua gol dalam tempoh 26 minit.
Yacob Sayuri terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-15 sebelum pertahanan negara, Dominic Tan, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-36.