ACL
Separuh masa pertama: JDT ketinggalan satu jaringan menuju bilik persalinan
Johor Darul Ta'zim (JDT) ketinggalan 1-0 dalam aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika bertemu BG Pathum di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.
Bergson Da Silva, Arif Aiman, Heberty kembali bergandingan dalam kesebelasan utama JDT dalam aksi di SSI berdepan dengan kelab dari Thailand itu.
Akhyar Rashid dibawa masuk awal dalam separuh masa pertama susulan Oscar Arribas mengalami kecederaan bahu berikutan pelanggaran dengan pemain lawan.
JDT ketinggalan menerusi jaringan Igor Sergeev yang menampan masuk hantaran silang Santipharp Channgom sekaligus mudah menewaskan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.
Juara 'quadruple' berganda itu terus mengorak percaturan menyerang dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan, namun usahanya ditampilkan berjaya dipatahkan BG Pathum sebelum mereka menuju ke bilik persalinan