ACL
Separuh masa pertama: JDT ketinggalan awal minit permainan
KAWASAKI 1 JDT 0
Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang ketinggalan di Stadium Kawasaki Todoroki selepas Kawasaki Frontale dibiarkan bertukar-tukar hantaran di kawasan kotak penalti.
JDT dihukum oleh jaringan Akihiro Ienaga yang tidak dikawal untuk menyudahkan peluang di penjuru kiri pintu gol pelawat pada minit ke-8.
Harimau Selatan tampak bergelut untuk mengatur serangan berikutan percaturan kemas anak buah Toru Oniki yang menyaksikan satu lagi percubaan mereka terkena tiang dan palang.
Namun, jurang permainan itu mula mengecil tetapi jentera serangan pelawat belum benar-benar dapat menguji pintu gol lawan.