Separuh masa pertama Harimau Malaya beri persembahan bertenaga asak Bahrain

Ammar Hakim
Januari 20, 2024 23:11 MYT
BAHRAIN 0 MALAYSIA 0
Harimau Malaya mempamerkan prestasi penuh bertenaga untuk kedudukan 0-0 di Stadium Jassim Bin Hamad , sebentar tadi.
Barisan kendalian Kim Pan-gon itu, bagaimanapun, lebih banyak melancarkan asakan berbahaya terhadap Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E berkenaan.
Tiga penyerang serangkai negara yang terdiri daripada Faisal Halim, Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi hampir memerangkap pintu gol Bahrain, begitu juga dengan percubaan lintang daripada Matthew Davies.
Malaysia juga berdepan detik cemas dalam insiden minit ke-30 selepas Komail Al Aswad percaya dia sepatutnya mendapat sepakan penalti akibat dirempuh oleh Dion Cools.
#bola sepak #Harimau Malaya #Piala Asia