PIALA FA MALAYSIA

Separuh masa pertama: Dua tonggak kebangsaan letak KL City di depan

Shaiful Shamsudin 14/06/2024 | 11:31 MYT
KL CITY 2 KUCHING CITY 1
Dua pemain kebangsaan, Haqimi Azim Rosli dan Paulo Josue, menjadi sosok utama Kuala Lumpur City memiliki kelebihan separuh masa pertama perlawanan pusingan 16 Piala FA di Cheras, sebentar tadi.
Gerakan cantik yang dijana Sean Gan Giannelli ketika menyusup ke dalam kotak penalti pelawat akhirnya diterjemahkan Haqimi Azim yang menantikan peluang di depan pintu itu untuk menyudahkannya dengan satu tolakan.
Skuad Warga kota seharusnya di depan jika bukan kerana tindakan akhir menafikan larian solo Jovan Motika yang memilih untuk melepaskan percubaan.
Dan situasi itu dihukum oleh Filemon Anyie yang melambungkan bola untuk memperdayakan penjaga gol kebangsaan, Azri Ghani.
Namun, kesilapannya itu ditebus oleh ketua pasukan, Josue, yang bergerak licik memperdayakan perangkap ofsaid ketika menerima umpanan lolos daripada Ganielli.
#Piala FA #Liga-M
;