Separuh Masa: Negeri Sembilan lakar kejutan di Temerloh
Ammar Hakim
Julai 13, 2024 18:12 MYT
Julai 13, 2024 18:12 MYT
Negeri Sembilan mendahului Sri Pahang dengan satu jaringan dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Temerloh ketika ini.
Skuad kendalian Azzmi Aziz kelihatan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri beraksi di Temerloh, susulan mempamerkan permulaan yang cemerlang apabila cuba menghasilkan serangan.
Tuan rumah pula menggunakan peluang melancarkan serangan balas namun deretan percubaan yang diperoleh gagal disudahi dengan jaringan.
Skuad Jang bagaimanapun berjaya mendahului permainan pada minit ke-23 apabila hantaran silang Takumi Sasaki berjaya disambar R. Bharathkumar.
Tuan rumah bagaimanapun berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila bola terkena tangan kapten Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan, namun Stefano Brundo mempersia-siakan peluang apabila melepaskan rembatan melepasi gawang.
Sri Pahang terus memburu jaringan namun gagal mendapatkan gol penyamaan hingga menuju bilik persalinan.