Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Liga Super: Dua gol Ronnie Fernandez letak Selangor selesa dahului Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronnie.jpg
Ronnie Fernandez menjaringkan gol berganda untuk Selangor mendahului Perak 2-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Petaling Jaya ketika ini.

The Red Giants menguasai sebahagian besar aksi sepanjang 45 pertama itu dan jaringan yang dicari-cari hadir pada minit ke-24.

Menerusi satu situasi sepakan penjuru, ketua pasukan, Safuwan Baharudin, menanduk tajam bola yang menuju ke arah kaki Ronnie untuk mudah ditolak masuk penyerang kelahiran Chile itu.

Pemain berusia 33 tahun itu kemudian menggandakan jaringannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Tommy Mawat Bada mengasari Alvin Fortes.

 

Advertisement

Must Watch Video