Malaysia ketinggalan 0-1 berdepan Vietnam dalam separuh masa pertama saingan Kumpulan D Piala Asia B-23 yang sedang berlangsung ketika ini.

Dalam awal permainan percubaan Malaysia datang menerusi Fergus Tierney tetapi bola tersebut tersasar keluar.

Muhammad Bin Abu Khalil dilayangkan kad kuning seawal minit ke 13 selepas didakwa menyiku pemain lawan dan selang empat minit kemudian pemain Vietnam, Ho Van Cuong, pula menerima kad kuning.

Kekasaran yang dilakukan pemain pertahanan Ubaidullah Shamsul sehingga dilayangkan kad kuning memberikan sepakan percuma kepada skuad Naga Emas sehingga menghukum Malaysia selepas sepakan yang diambil oleh Khuat Van Khang melencong masuk ke dalam gawang menewaskan Azim Al Amin pada minit ke 39.

Dalam separuh masa pertama sebanyak enam kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada kedua-dua pasukan.


Terus ikuti baki 45 minit kedua aksi Malaysia bertemu Vietnam di Astro Arena!