Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa: Harimau Malaya menuju ke bilik persalinan ketinggalan satu jaringan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-oman-new.jpg
Malaysia ketinggalan satu gol dalam separuh masa pertama bertemu Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia sebentar tadi.

Pemain Paling Bernilai 2023, Arif Aiman hampir mencipta rekod antara gol paling pantas Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia apabila tindakannya merampas bola daripada pertahanan Oman hampir memberikan gol awal.

Ketika itu perlawanan baru sahaja berusia 70 saat namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Oman, Ibrahim Al-Mukhaini.

Perlawanan semakin rancak dengan Oman pula mula mengatur serangan -- Minit kelapan pintu gol Malaysia hampir bolos tetapi percubaan meleret di depan gawang negara.

Malaysia mempamerkan corak permainan yang serangan demi serangan sementara Oman pula cuba mengorak langkah dengan gerakan serangan balas.

Ketika perlawanan semakin rancak, pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad yang diberikan mandat mengisi posisi bek kanan gagal meneruskan permainan apabila mengalami kecederaan dan Daniel Ting dibawa masuk sebagai pengganti.

Penjaga gol negara, Syihan Hazmi Mohamed, memastikan gawang Malaysia terus tidak dibolosi apabila menafikan tandukan Muhsen Al-Ghassani.

Oman bagaimanapun berjaya akhirnya membuka jaringan ketika separuh masa pertama hampir tamat apabila Omar Al-Malki menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-48.

Advertisement

Must Watch Video