Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa ACLE: 'Starboy' pastikan JDT mendahului Ulsan HD di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aimann.jpg
Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi duri dalam daging selepas jaringannya pada minit kelapan meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului Ulsan HD 1-0 dalam aksi keempat kempen Liga Juara-Juara Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Jaringan itu hadir selepas pemain pertahanan juara Liga Korea, Kim Younggwon, melakukan kesilapan sekali gus memberikan peluang terhidang buat Arif Aiman untuk menghadiahkan kelebihan awal buat pasukan tuan rumah.




 


Anak buah Kim Pan-gon mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama tetapi Gustav Ludwington tidak berjaya menoktahkan dengan jaringan selepas dikawal rapi benteng Harimau Selatan untuk kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0.



 

Terus bersama Stadium Astro dan saksikan baki separuh masa kedua sebentar lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video