Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan dominasi dalam aksi kedua saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mendahalui Shanghai Shenhua 2-0 menjelang separuh masa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.
Beraksi di laman sendiri, bintang Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi, memecahkan kebuntuan pada minit ke-11 menerusi gerakan solonya dari sebelah kanan sebelum melepaskan penyudah serong yang menewaskan penjaga gol lawan.
15 minit berselang, giliran pemain import, Jorge Obregon, menggandakan kelebihan tuan rumah dengan menanduk masuk lintangan gemilang Murilo.
Muzaffar Musa
Tue Oct 01 2024