PIALA MALAYSIA
Separuh akhir Unifi Piala Malaysia: Sabah harap tak hujan di Temerloh
Penyerang Sabah, Darren Lok, mengharapkan cuaca lebih baik menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Temerloh malam esok.
Menurutnya, jika hujan, keadaan padang bukan sahaja menjejaskan rentak skuad Badak itu tetapi juga tuan rumah.
“Harap-harap hujan tidak turun supaya kami dapat bermain bola sepak dengan baik. Bagi saya, ia tidak masuk akal untuk bermain dalam keadaan yang begitu teruk.
Iklan
“Tetapi di Malaysia, kami terpaksa bermain juga dan ini merosakkan banyak perlawanan yang berpotensi bagus,” ujarnya.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat tetapi bermain di tempat lawan mungkin tidak memihak kepada Sabah.
Pada Ahad lalu, hujan lebat tanpa henti telah menyebabkan keadaan padang semakin buruk dan ia telah mempengaruhi aksi Liga Super di antara Sri Pahang dan Kuala Lumpur City dengan ada yang menyifatkannya sebagai perlawanan 'polo air'.
--Sinar Harian
Must-Watch Video