LIECHTENSTEIN 0 SEPANYOL 8
Juara dunia 2010, Sepanyol, mengukuhkan peluang untuk layak ke Piala Dunia 2018 secara automatik selepas membelasah Liechtenstein 8-0 dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2018 zon Eropah di Stadium Rheinpark, awal pagi tadi.
Babak pertama menyaksikan Sepanyol tidak memberikan ruang buat tuan rumah apabila mendahului 1-0 seawal minit ketiga menerusi pertahanan, Sergio Ramos, sebelum jaringan daripada Alvaro Morata, Isco dan David Silva pada minit ke 15, 16 dan 39 menjadikan kedudukan 4-0 dalam 45 minit pertama.
Penyerang Celta Vigo, Iago Aspas, masuk menggantikan David Silva dalam babak kedua dan dia hanya memerlukan enam minit untuk turut mencatat nama dalam senarai penjaring apabila menjaringkan gol kelima skuad La Roja sebelum Morata dan Aspas masing-masing menambah gol kedua peribadi untuk meletakkan Sepanyol selesa dengan kedudukan 7-0.
Tatkala Liechtenstein mencari gol sagu hati, penyerang mereka yang mewakili FC Vaduz, Maximilian Goppel, menjaringkan gol sendiri pada minit ke-89 selepas tertampan bola hantaran Gerard Deulofeu ke gawang sendiri dan kedudukan 8-0 kekal sehingga wisel penamat.
Sepanyol kini berada di puncak Kumpulan G dengan 22 mata, tiga mata meninggalkan Itali yang berada di tangga kedua.