Pengendali skuad bawah 21 tahun Sepanyol, Albert Celades, menyifatkan pasukannya amat bertuah kerana memiliki pemain seperti Marco Asensio.
Asensio muncul wira apabila menjaringkan hatrik untuk membantu Sepanyol menewaskan Macedonia 5-0 dalam perlawanan pertama kumpulan B saingan Piala Eropah B-21 tahun.
“Tahniah buat Asensio yang telah meraih hatrik serta semua usaha dan komitmen yang ditunjukkan,” ujar Celades.
“Dia menjadi contoh buat kami sebagai seorang pemain dari pasukan senior serta pasukan yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.
“Motivasi yang ditunjukkan juga memberi inspirasi kepada kami,” kata Celades.
Dalam perlawanan di Gdynia itu, Saul Niguez dan Gerard Deulofeu turut mencatat nama selaku penjaring gol untuk skuad La Roja.
Bola Sepak
Sepanyol bertuah miliki Asensio -- Celades
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena