Sentuhan Arif Aiman ditagih dalam skuad B-23?
November 26, 2023 11:40 MYT
Kelibat Arif Aiman Hanapi didamba skuad Juan Torrer Garrido untuk mengharungi saingan Piala Asia B-23, April depan.
Bintang muda Johor Darul Takzim (JDT) yang menjadi sebutan di pentas antarabangsa selepas menyumbang empat bantuan gol ketika bertemu Republik Krygyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dua minggu lalu.
Menurut pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar, kemunculan Arif Aiman dalam pasukan pasti memberi impak yang sangat bermakna dalam kempen di Qatar kelak.
Namun, kejohanan ini dijadualkan berlangsung di luar kalendar FIFA dan khidmat pemain utama seperti Arif mungkin kelihatan mustahil tatkala musim Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2024/2025 bakal membuka tirainya, justeru sudah pasti memerlukan restu daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.