BOLA SEPAK

Sentiasa menyayangi dan menerima -- Safee Sali kongsi pengalaman sambut Aidilfitri bersama anak autisme

Ammar Hakim 02/04/2025 | 04:04 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, berkongsi makna sambutan Aidilfitri bersama anaknya, Mateen, yang merupakan kanak-kanak autisme.
Menerusi laman sosial Threads, bekas penyerang negara itu menggambarkan pengalaman unik mereka, termasuk cabaran dihadapi membesarkan anak lelaki istimewanya itu.
Menurut Safee, Mateen menunjukkan rasa gembira dengan cara tersendiri, meskipun kadangkala sukar untuk mengawal emosinya.
"Day One Raya with Mateen.
"Setiap calar dan luka adalah tanda cinta yang tulus. Mateen meluahkan rasa dengan cara yang istimewa ketika dia terlalu excited dan happy," tulisnya di laman Threads.
undefined
#bola sepak #Safee Sali