Skip to main content

Bola Sepak

Senarai penuh skuad Sabah hampir selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah_4.jpg
Pengendali Sabah, Jelius Ating, semakin hampir melengkapkan pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Ketika ditemui baru-baru ini, dia mengesahkan akan mengikat empat lagi pemain, termasuk bekas pertahanan Pulau Pinang, Dawira Sazan.

Dua lagi pemain adalah Alto Linus dan Rahman Shah Marajeh yang bakal diberi kontrak baru manakala seorang pemain daripada skuad Piala Belia Sabah, Mohd Aidil Safee, akan menandatangani kontrak pertamanya sebagai pemain profesional bersama Sang Badak.

"Ada enam pemain yang menyertai ujian pemilihan sebelum ini, namun kami tidak dapat menyernaraikan kesemua mereka. Jadi, kami telah membuat keputusan untuk mengikat Alto, Aidil, Rahman dan Dawira," ujar Jelius.

Empat pemain berkenaan telah menjalani pemeriksaan kesihatan kelmarin dan sekiranya semua berjalan lancar, mereka akan menandatangani kontrak pada minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Terdahulu, pemain tempatan yang telah menandatangani kontrak sebelum ini ialah Rawilson Batuil, Ricco Nigel Milus, Mohd Azzizan Nordin, Jenius Karib, Ummareng Bacok, Maxsius Musa, Mohd Azwan Abd Fattah, Dendy Lowa, Robson Rendy Rining, Mohd Sakri Masri, Sabri Sahar, Randy Baruh @ Samson, Leopold Alfonso Otong, Rozaimi Rohim, Mafry Balang, Mazlan Yahya, Melky Balang, Elias Sulaiman, Justin Samaan, Hamran Peter, Evan Wensley dan Stanley Sulong.

Selain itu, Jelius kini menunggu seorang lagi penyerang import bagi melengkapkan kuota empat pemain import musim ini.

Sabah kini telah mengisi tiga daripada empat slot pemain import selepas mengekalkan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong. 

Sabah juga dikhabarkan berita gembira apabila pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, telah kembali ke pangkuan pasukan itu selepas berehat panjang pada musim lalu akibat kecederaan, dengan pemain berkenaan masih memiliki baki kontrak sehingga tamat musim ini.

 

Advertisement

Must Watch Video