Semua pasukan cuba tewaskan JDT -- Esteban Solari

Ammar Hakim
April 8, 2023 19:02 MYT
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tampak memberikan amaran kepada anak buahnya agar tidak terlalu terbuai-buai dengan kemenangan besar sebelum ini menjelang pertembungan dua pasukan teratas esok.
Juara bertahan Liga Super itu akan melayani kunjungan Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim dengan Solari menyifatkan ujian getir menanti Harimau Selatan.
"Kami perlu menghormati Kedah kerana mereka telah berusaha dan kini berada di tangga kedua liga. Ia sentiasa sesuatu yang kami nantikan, aksi yang mencabar dan tugas yang lebih sukar," kata Solari.
"Namun kami tetap akan berusaha untuk memastikan kemenangan dan tiga mata penuh menjadi sasaran utama."
"Mengenai Bergson, kami perlu mengambil langkah demi langkah dan memastikan dia kembali ke tahap terbaik."
Untuk rekod, jurulatih terakhir untuk merekodkan kemenangan di kubu keramat JDT adalah Nafuzi ketika mengemudi Terengganu.
Sejak itu, 714 hari berlalu dengan JDT terus kebal di laman sendiri. Mampukah Nafuzi melakukannya sekali lagi?
;