Skip to main content

Bola Sepak

Semua atas kehendak Tuhan -- Bintang naturalisasi baru Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mintah.jpg
Penyerang Kuching City, Jordan Mintah, menganggap satu penghormatan besar buat dirinya apabila sah bergelar rakyat Malaysia selepas proses naturalisasi pemain berusia 29 tahun itu selesai sepenuhnya.

Ujar Jordan, dia akan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan untuk membantu The Cats dan bersedia menabur bakti bersama Harimau Malaya jika khidmatnya diperlukan.

Pemain kelahiran Ghana itu bukanlah asing dalam kancah liga domestik selepas mula beraksi bersama Terengganu II pada musim 2020 selain pernah menyarung jersi Kuala Lumpur (KL) City secara pinjaman sebelum berhijrah ke Saarwak musim lalu.

 

Untuk rekod, Mintah muncul pemain naturalisasi kesembilan negara selepas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Endrick dos Santos, Romel Morales, bersama Paulo Josue, Sergio Aguero serta Lee Tuck.

"Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong termasuk peminat Malaysia, pihak pengurusan dan rakan sepasukan. 

"Ia bukan mudah, semuanya atas kehendak Tuhan.

"Ia adalah penghormatan besar dan saya sangat menghargainya," katanya selepas tamat permainan bertemu Negeri Sembilan di Paroi, semalam.

Advertisement

Must Watch Video