Skip to main content

Bola Sepak

Sempat pramusim bersama KL City tapi bekas bintang JDT, Sri Pahang pilih bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fadli.jpg
Jurulatih Kuala Lumpur (KL), Risto Vidakovic, mendedahkan sebab utama bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Fadhli Shas, tidak menjadi rekrut baharu kelab itu untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/2026 adalah kerana dia mengambil keputusan untuk bersara.

Meskipun bekas pertahanan Sri Pahang itu sudah menyertai The City Boys ketika persiapan pramusim sebelum ini.

"Dia memilih untuk bersara. 

"Dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya dan itu bukan isu untuk kami.

"Itu keputusan dia dan saya menghormatinya," katanya di Nadi Arena.

 

Ini bermakna, bekas pemain Harimau Malaya itu bersara pada usia 34 tahun untuk menyertai Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi Roslan yang turut mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara tahun ini.

Difahamkan, pemain kelahiran Lumut, Perak itu akan menceburi bidang kejurulatihan bagi kelangsungan kariernya.

Memulakan perjalanan bersama Harimau Muda, Fadhli antara pemain yang menyinar pada usia muda dengan menganggotai skuad emas Piala AFF 2010 dan Sukan SEA 2011.
Football Shoes

Main Bola Dengan Penuh Gaya

Walau dunia bola sepak penuh cabaran, semangat di padang tetap segar. Lengkapkan aksi anda dengan kasut bola Adidas yang tahan lasak dan selesa.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video