EPL

Semoga Tarkowski mati -- isteri dedah kapten Everton terima ancaman bunuh

Stadium Astro
Ammar Hakim
04/04/2025
02:50 MYT
Sponsor Banner
Semoga Tarkowski mati -- isteri dedah kapten Everton terima ancaman bunuh
Isteri James Tarkowski telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kecaman 'keji' yang mereka terima selepas derby Merseyside.
Tarkowski merupakan kapten pasukan Everton yang tewas 1-0 kepada Liverpool dan terlibat dalam detik kontroversi dalam separuh masa pertama.
Terjahannya ke atas Alexis Mac Allister menangkap pemain The Reds itu dan dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Sam Barrott.
Ulasan mencadangkan Tarkowski, yang meminta maaf kepada Mac Allister selepas itu, mungkin berhak dilayang kad merah sebaliknya PGMOL telah mengakui dia sepatutnya dibuang padang.
Isteri pertahanan Everton itu, Samantha, mendedahkan beberapa kecewaman yang telah ditujukan kepada Tarkowski dan keluarganya menerusi Instagramnya termasuk mendoakan kematian ke atas suaminya.
"Sebenarnya saya tidak akan berkata apa-apa kerana kami biasanya hanya ketawa jika tidak berkesudahan," katanya di Instagram.
"Tahap penderaam diterima suami saya -- mengharapkan kematian ke atasnya, komen keji tentang saya, tentang kami sebagai pasangan, dan tentang dia sebagai seorang manusia -- ia menjankaui perbuatan menjijikkan.
"Orang ramai lupa bahawa dia lebih daripada seorang pemain bola sepak. Dia seorang suami, seorang bapa, seorang abang, seorang kawan, dan yang paling penting, bapa kepada dua anak kami.
"Dia pergi ke Anfield dan melakukan tugasnya, melakukannya dengan sangat baik tetapi dia berdepan terlalu banyak kebencian.
"Bola sepak bergerak dengan pantas, dan terjahan adalah keputusan separa saat. Tiada pemain mahu mencederakan seseorang dan adakah anda fikir mana-mana pemain akan berasa gembira jika mereka melakukannya?
"Tetapi mesej-mesej keceman, ugutan? Itu disengajakan. Itu terpulang kepada anda. Bola sepak adalah sukan, tetapi cara sesetengah yang dipanggil 'peminat' berkelakuan memalukan."
Tarkowski memohon maaf atas terjahannya terhadap Mac Allister, berkata: "Ia bukan satu terjahan yang baik.
“Saya bercakap dengannya dan saya memohon maaf."
Pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan gol penyamaan lewat dramatik dalam derby Merseyside Februari lalu, membuat penampilan ke-31 musim ini.
Everton beraksi cemerlang apabila mengehadkan Liverpool yang dominan pada separuh masa pertama tetapi tidak dapat menghalang pendahulu Liga Perdana Inggeris daripada menjaringkan gol.
Diogo Jota menjaringkan gol tunggal perlawanan dan menyaksikan Liverpool kini hanya memerlukan lima kemenangan untuk dinobat sebagai juara EPL.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video