BOLA SEPAK
Semoga dipermudah urusan bersama skuad B23 Malaysia 2025 -- Idris karim
Bekas pemain kebangsaan, Idris Abdul Karim, memuat naik gambar menerusi media sosial mengenai hala tuju Nafuzi Zain yang dijangka bakal mengemudi skuad bawah 23 tahun Malaysia bermula tahun hadapan.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook semalam, Idris, yang merupakan seorang bekas pemain negara yang berpangkalan di Johor, mendedahkan destinasi seterusnya buat Nafuzi.
"Semoga berjaya jurulatih Nafuzi Zain. Berjumpa di JDT VS Buriram ketika aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
"InshaAllah semoga dipermudahkan urusan bersama skuad B23 Malaysia 2025. Amin.
"Sengsara hanyalah sementara, kejayaan adalah selamanya," tulis Idris.
Nafuzi mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta pada bulan lalu.
Skuad B23 negara ketika ini dipimpin oleh Juan Torres Garrido dan di sebalik perletakkan jawatan Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih skuad senior memperlihatkan penstrukturan pasukan...