Skip to main content

Bola Sepak

Semoga baik-baik sahaja -- Doa untuk Imanol Machuca

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imanol1.jpg
Satu laman Instagram mendoakan kesejahteraan pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, menghadapi tempoh hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). 

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu bersama enam lagi diaspora Malaysia dijatuhkan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, termasuk denda bayaran susulan isu dokumentasi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sabadovelezok berkongsikan perkembangan positif menerusi pemain Velez Sarsfield sendiri yang sangat optimis dengan proses rayuan yang dikemukakan.

Mereka percaya bahawa sinar akan menerangi peluang Machuca supaya dapat kembali semula bersama pasukan. 

 


"Semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya di Instagram.

Difahamkan, perbicaraan atau proses pembelaan Machuca sedang berlangsung dengan pihak terbabit mengemukan hujah tentang rayuan ini.

Dalam satu hantaran sama, Sabadovelezok turut memaklumkan bahawa keputusan dijangka diketahui menjelang 3 atau 4 November ini.

Pemain kelahiran Argentina itu sudah merangkul dua kejuaraan dalam kariernya setakat ini.
Football

50% OFF Nike Mercurial Vapor 16 Club

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video