BOLA SEPAK
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji terbanyak selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Tempoh lanjutan bagi memperbaharui kontraknya itu menyeliputi sebanyak £167.9 juta (RM923 juta) setahun, sekali gus mengekalkan statusnya selaku pemain bola sepak paling mahal dunia.
Pemain antarabangsa Portugal itu menerima kontrak mengejutkan yang menyaksikannya menerima sekitar £164 juta (RM901 juta) menerusi sumbangannya di tengah padang, manakala £49 juta (RM269 juta) daripada gajinya menerusi aktiviti di luar padang.
🚨 Cristiano Ronaldo's new salary at Al-Nassr:▪️ €200M per year.▪️ €16.6M per month.▪️ €3.8M per week.▪️ €769,231 per day.▪️ €96,153 per hour.▪️ €1602 per minute.▪️ €26.7 per second. pic.twitter.com/laXVijwpR6— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 16, 2025
Iklan
Dalam pecahan gajinya, bekas pemain Manchester United itu bakal memiliki £3.19 juta (RM17.5 juta) seminggu dan pembahagian secara terperinci menyaksikan Ronaldo memperoleh £419,800 (RM2.3 juta) sehari - dan £291 (RM1,600) seminit.
Must-Watch Video