Skip to main content

Bola Sepak

Semangat PKNS FC belum luntur -- Gurusamy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gurusamy.jpg
Ketinggalan dua jaringan daripada segi agregat tidak melunturkan semangat PKNS FC menjelang suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam ini.

PKNS FC tewas 1-3 kepada Kedah dalam suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

Selain itu, PKNS FC belum pernah menewaskan skuad Lang Merah itu sepanjang empat pertemuan terdahulu.

Skuad The Red Ants itu tewas dua kali kepada Kedah dalam Liga Super musim lalu sementara pertemuan liga musim ini berakhir seri.

"Kami mempunyai barisan pemain terbaik, terutama di bahagian tengah dan serangan," kata pemain tengah PKNS FC, K. Gurusamy.

"Kami mempunyai keyakinan dengan pemain terbaik seperti itu, kami akan beraksi menyerang kerana kami tidak boleh terlalu bertahan.

"Kami memerlukan gol, jadi kami memerlukan corak menyerang." 

Gurusamy, yang disifatkan sebagai nadi di bahagian tengah PKNS FC, bersedia untuk memainkan peranan penting.

Kecederaan yang dialaminya sejak 14 April lalu serta penggantungan perlawanan membataskan penampilannya dalam beberapa pertemuan penting sebelum ini.

"Dengan keyakinan yang kami ada, kami perlu melakukan yang terbaik.

"Ia adalah pusingan kalah mati, jadi selepas tewas 1-3, kami perlu bangkit dengan kuat.

"Kami akan memberikan saingan yang hebat kepada Kedah," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video