Pemangku ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag, mengharapkan anak buahnya turun dengan semangat baru menghadapi Negeri Sembilan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2022 malam ini.
Menurutnya, pengalaman bertemu Sang Rusa dalam Liga Super 2022 sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin apabila melayani kunjungan pasukan itu di Stadium Darul Aman.
"Tiada banyak perubahan yang dapat kami lakukan dalam tempoh yang singkat ini, namun ada beberapa perkara yang diubah dan diberikan pendekatan sebaik mungkin.
"Harap apa yang dibuat dalam latihan dapat dibawa oleh semua pemain dalam perlawanan sebenar.
"Kami sudah bertemu dua kali dengan Negeri Sembilan sebelum ini dan kami mempelajari bagaimana kelemahan benteng kami dibolosi," katanya.
Victor menjelaskan tumpuan perlu diberikan kepada barisan pertahanannya kerana pasukan pelawat memiliki pemain yang berpengalaman di semua posisi yang mampu memberikan ancaman.
"Pemain Kedah perlu turun dengan motivasi yang tinggi memberikan saingan yang diharapkan dan saya mahu pemain memulakan aksi Piala Malaysia ini dengan semangat baru dan terbaik di laman sendiri malam ini," ujar Victor.
Mengulas mengenai lima pemain importnya, dia yang merupakan kapten pada zaman kejayaan 'Double Treble' berkata beberapa pemain yang cedera sebelum ini sudah kembali pulih dan menjalani latihan bersama pasukan.
"Kita tahu pemain import yang cedera dalam aksi terakhir Liga Super adalah Ronald Ngah dan Marc Vales dan mereka baru sahaja kembali menjalani latihan bersama pasukan semalam.
"Kecergasan mereka mungkin belum 100 peratus, namun kami berharap mereka dapat memberi komitmen terbaik kepada pasukan dalam aksi ini," katanya lagi.
Kredit: Sinar Harian
Kredit foto: Kedah Darul Aman FC