Skip to main content

Bola Sepak

Selepas tewas kepada Indonesia, China intai khidmat Shin Tae-yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shintaeyong.jpg
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong.

Laman sesawang TheThao247 melaporkan, Persatuan Bolasepak China (CFA) berharap dapat membawa masuk pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk menggantikan jurulatih dari Croatia, Branko Ivankovic.

CFA memecat Ivankovic berikutan prestasi hambar China dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Selain menamatkan kempen kelayakan di tangga tercorot Kumpulan C, China juga tewas tujuh kali dalam 10 aksi kelayakan itu, termasuk kekalahan 0-1 di tangan Indonesia pada 5 Jun lalu.

Legenda China, Zheng Zhi, dilaporkan bakal menggalas peranan sebagai jurulatih interim sepanjang proses pelantikan jurulatih baru.

 

Advertisement

Must Watch Video