Arsene Wenger enggan membenarkan kegembiraan memenangi Piala FA buat kali ketujuh menggagalkan rancangan untuk mengumumkan masa depannya selepas mesyuarat lembaga pengarah Arsenal pada Selasa ini.
Arsenal mempamerkan semangat juang untuk mengalahkan Chelsea 2-1 di Stadium Wembley, awal pagi tadi, selepas Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey menemui gol, dengan jaringan kedua itu muncul selepas gol penyamaan dilakukan Diego Costa.
Masa depan Wenger menjadi perhatian dan ia sekali lagi menjadi topik hangat, dengan kontrak semasa jurulatih berbangsa Perancis berkenaan tamat pada akhir musim ini dan ramai penyokong menggesanya menamatkan tempoh perkhidmatan 21 tahun itu.
Bagaimanapun, dia enggan membenarkan kehangatan itu membuatkan dia terburu-buru untuk membuat pengumuman sambil mengulangi bahawa keputusan akan dibuat pada Selasa atau Rabu ini.
Bercakap kepada BBC Sport, Wenger berkata: "Saya sentiasa jelas. Kami mempunyai mesyuarat lembaga pada Selasa, jadi saya fikir pada Rabu perkara ini akan menjadi lebih jelas.
"Biarkan saya menikmati malam ini."
Wenger menjadi pengurus paling berjaya dalam Piala FA dengan tujuh kemenangan, dan dia menegaskan bahawa pasukannya hanya ada beberapa pemain yang mampu memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.
"Saya rasa kami bermain dengan sangat hebat dari minit pertama," katanya. "Anda mendapati pasukan kecewa tetapi kami bersatu, kami bertindak balas.
"Kami menunjukkan kekuatan, perpaduan dan bermain bola sepak yang menakjubkan. Saya katakan sebelum ini bahawa pasukan ini akan memenangi kejohanan dengan satu atau dua pembelian."